ARTIKEL

DADAH yang dirampas daripada suspek.

Lelaki di Sibu kantoi bawa pelbagai jenis dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki tempatan berdepan hukuman berat selepas dicekup bersama pelbagai jenis dadah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam kenyataan berkata, suspek diberkas di sebuah rumah kedai Jalan Pasai Siong Hilir oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada jam 2.30 petang.

“Hasil pemeriksaan suspek, 31, didapati membawa dua paket plastik warna ungu disyaki serbuk ekstasi anggaran berat kasar 55.77gram, 20 paket plastik lutsinar kecil ketamin seberat 20.50 gram dan 10 biji pil ekstasi berat 3.50gram.

“Nilai pasaran dadah itu berjumlah RM4,344.10 dengan keseluruhan anggaran berat kasar rampasan 79.77 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Zulkipli berkata, ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine/ benzodiazepines

“Suspek ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, serta direman bagi membantu siasatan.

“Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen ini jika disabitkan kesalahan mandatori gantung sampai mati, manakala Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun dibawah Seksyen 38B ADB l952,” kata beliau.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan