ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki Didenda RM1,000 Tumbuk ’Scammer’ Bilik Sewa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memukul seorang lelaki kerana menipunya berkenaan bayaran pendahuluan bilik sewa.

Tertuduh, 23, bekerja sebagai penghantar barang itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk mangsa yang berusia 22 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta semasa berada di Pengkalan Sapi, sekitar 12.30 tengah malam, 7 Oktober lepas.

Menurut fakta kes, hasil siasatan mendedahkan pengadu (mangsa) membuat iklan di media sosial Facebook mengenai bilik sewa.

Pada 1 Oktober lalu, tertuduh yang berminat dengan iklan tersebut membayar RM300 kepada pengadu untuk mendapatkan bilik sewa.

Selepas bayaran dibuat, tertuduh gagal menghubungi pengadu dan berasa dirinya telah ditipu.

Tertuduh kemudian, membuat laporan polis mengenai pengadu yang menipunya.

Dalam masa yang sama, tertuduh berusaha mencari maklumat serta tempat kediaman pengadu.

Setelah berjaya mendapat maklumat tersebut, tertuduh bersama-sama dua rakannya yang masih bebas terus mencari pengadu.

Dia dan rakannya membawa pergi pengadu menggunakan sebuah kereta kompak ke pangkalan Sapi lalu memukul pengadu serta memaksa memulangkan wang terbabit.

Pengadu hanya dapat membuat pembayaran sebanyak RM25 menggunakan kod QR.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aqila Morsalin memohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran.

Difahamkan, pengadu kes ini juga bakal dihadap ke mahkamah bagi kesalahan melakukan penipuan atas talian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU