ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki didenda RM1,400 atau penjara tiga bulan, tumbuk OKU hingga lebam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM1,400 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana sengaja menumbuk seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila enggan diambil gambar dan memberikan kad pengenalan OKU.

Tertuduh berusia 30 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, seorang lelaki OKU keupayaan intelektual berusia 38 tahun, dengan menumbuk mukanya sehingga lebam.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di tempat letak kereta Pasar Kota Sentosa, antara 5 hingga 5.30 petang, 3 September lepas.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu iaitu adik perempuan mangsa yang berada di rumahnya di Simunjan menerima panggilan daripada ibunya, memaklumkan bahawa abangnya dibawa lari oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Jerry tanpa pengetahuan mereka.

Tidak lama kemudian, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dalam keadaan wajah lebam.

Ibu mangsa bertanyakan punca kecederaan tersebut.

Mangsa memberitahu bahawa tertuduh hendak mengambil kad pengenalan OKU dan gambar mukanya.

Pergelutan berlaku di antara mereka, tetapi berjaya dileraikan oleh orang awam di tempat kejadian.

Selepas itu, mangsa yang mengalami kecederaan di muka dibawa oleh ibunya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Laporan polis dibuat, seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 4 September lepas di sebuah ladang kelapa sawit di Simunjan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Siti Radhiah Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU