ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Lelaki didenda RM1,500 ceroboh masuk stor pembekal barang sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan menceroboh masuk sebuah bangunan stor milik syarikat pembekal barang-barang sukan, Januari lalu.

Mahmud Maliki, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu dalam bangunan stor di Jalan Simen Raya, kira-kira jam 11 pagi, 26 Januari lalu.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan anggota polis bersama-sama rakan setugasnya melakukan rondaan cegah jenayah menahan seorang lelaki yang berada dalam stor yang telah terbakar dan tidak digunakan lagi milik sebuah syarikat pembekal barangan sukan.

Ketika kejadian, tertuduh cuba menarik besi yang ada di dalam stor berkenaan.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menceroboh masuk ke bangunan tersebut dengan alasan hendak mengambil kayu.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU