ARTIKEL

SAR… Operasi SAR Hamizan dijalankan malam tadi gagal menemui mangsa.

Lelaki dikhuatiri hilang ketika cari siput sedut di Pantai Jaie

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dipercayai turun ke sungai ketika mencari siput sedut di Pantai Jaie, Sadong Jaya, semalam.

Komander Operasi, PBK I Abang Othman Sharbini berkata, mangsa, Hamizan Rahmat, 42, dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Pindah Jaie Sadong Jaya sekitar 11 pagi dengan menaiki sebuah basikal.

“Namun, mangsa gagal pulang sehingga petang, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hamizan menambah, berdasarkan maklumat awal, kira-kira 6.30 petang, ahli keluarga bersama-sama beberapa penduduk kampung telah ke kawasan Pantai Jaie bagi menjalankan pencarian.

Di lokasi tersebut katanya, mereka menemukan basikal milik mangsa yang diletakkan di kawasan semak berhampiran.

“Usaha pencarian awal selama hampir dua jam di kawasan hutan paya sekitar lokasi kejadian bagaimanapun tidak membuahkan hasil sebelum satu laporan polis dibuat.

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada 11.02 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dijalankan pada malam berkenaan berikutan keadaan gelap, hujan renyai serta air pasang, menyukarkan usaha mengesan laluan mangsa,” katanya lagi.

Kata Hamizan, hasil perbincangan bersama-sama ahli keluarga mangsa, operasi SAR diputuskan untuk ditangguhkan dan disambung hari ini.

Sehingga laporan ini dikeluarkan, mangsa masih belum ditemui.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU