ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki motosikal curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana memiliki sebuah motosikal curi jenama Honda pada 15 Julai lalu.

Mohd Affiq, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki harta curi itu di sebuah rumah di Jalan Intan sekitar jam 1.15 petang pada 15 Julai lalu.

Menurut fakta kes, sepasukan polis melakukan serbuan di sebuah rumah sebelum menahan tertuduh yang merupakan individu dikehendaki.

Hasil pemeriksaan mendapati sebuah motosikal jenama Honda yang menggunakan nombor pendaftaran palsu berada di rumah berkenaan.

Pemeriksaan lanjut terhadap nombor casis dan enjin mendapati motosikal itu ialah kenderaan yang dilaporkan hilang di Satok.

Hasil siasatan turut mendapati motosikal tersebut adalah milik seorang wanita yang membuat laporan kehilangan kenderaan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Nor Kazly.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU