ARTIKEL

Tertuduh (mengenakan beg sandang) bersama-sama tertuduh lain keluar dari bilik Mahkamah Majistret 1 oleh anggota polis.

Lelaki dipenjara 12 bulan kerana curi permaidani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pelanggan tetap sebuah kedai makan dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memecah masuk stor katering dan mencuri permaidani milik peniaga berkenaan.

Tertuduh, 49, bekerja sebagai pemotong rumput dari Kampung Santubong itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk sebuah bilik penyimpanan barang-barang katering milik seorang wanita berusia 44 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu, di sebuah bangunan di Bandar Baru Samariang, sekitar 11.09 malam, 31 Ogos lalu.

Menurut fakta kes, hasil siasatan mendedahkan dia memecah masuk dan mencuri di dalam bangunan yang disewa di tingkat satu.

Tingkat satu bangunan tersebut digunakan untuk menyimpan barangan katering dan menjadi dewan kecil jamuan serta disewa mangsa sejak 17 tahun yang lalu.

Dalam masa yang sama, tertuduh juga menyewa di bangunan yang sama di tingkat dua.

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perbuatan tertuduh mengumpil pintu stor dan membawa keluar sehelai permaidani.

Selain itu, pengadu juga mengecam tertuduh ialah pelakunya kerana kerap membeli makanan di kedai makan miliknya.

Sementara itu, tertuduh juga dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan di mahkamah yang sama kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Dia juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama, kerana memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan berkuat kuasa hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Siti Radhiah Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU