ARTIKEL

Gambar Hiasan

Lelaki Dipenjara Dan Didenda, Hantar Nota Lucah Dilumur Air Mani Kepada Pekerja Wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana menghantar nota lucah yang dilumuri air maninya kepada seorang pekerja wanita di sebuah syarikat minyak dan gas, Disember tahun lalu.

Tertuduh berusia 27 tahun tersebut mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa meninggalkan nota kertas yang mengandungi perkataan hina dan lucah serta dilumuri air maninya kepada mangsa wanita berusia 34 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam sebuah pejabat syarikat tersebut di Jalan Demak Maju, Muara Tebas, sekitar 6.15 pagi, 11 Disember 2025.

Pendakwaan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan tambahan hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, pengadu wanita bekerja sebagai pentadbir mekanikal syarikat tersebut menjumpai sekeping kertas berwarna kuning beserta tompokan cecair bertulis nota lucah di atas meja di pejabatnya.

Laporan polis dibuat untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 16 Jun lalu.

Hasil siasatan mendapati laporan DNA dari Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan tompokan cecair pada nota tersebut ialah sperma milik tertuduh.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan mendatangkan kegusaran, mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan pengadu sebagai seorang wanita.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Kazly manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU