ARTIKEL

Lelaki dipenjara dan disebat cederakan bapa guna helmet, kayu rotan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Helmet… tertuduh (baju kelabu) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 3 oleh anggota polis hari ini.

KUCHING: Hanya kerana enggan diberikan rokok, seorang anak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana memukul bapa kandung menggunakan helmet dan kayu rotan hingga menyebabkan cedera parah.

Mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan, Hakim Musli Abdul Hamid menjatuhkan hukuman terhadap pesalah muda lelaki berusia 20 tahun itu selepas pendengaran laporan sosial oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa berusia 58 tahun menggunakan sebuah helmet dan sebatang rotan yang boleh menyebabkan kematian di kediaman mereka sebuah institusi latihan kepimpinan di sini, sekitar jam 6.23 petang, 7 Januari lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Musli memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap 7 Januari lepas.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan menantu kepada mangsa melaporkan kepada pihak polis kerana adik iparnya(tertuduh) telah memukul bapa mertuanya (mangsa) menggunakan topi keledar dan sebatang rotan.

Akibat kejadian itu, mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan retak tulang muka, dan kecederaan di bahagian bibir.

Punca kejadian kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan mangsa yang enggan memberikan rokok yang diminta.

Selain itu, hasil siasatan ke atas tertuduh juga didapati negatif daripada mengambil dadah terlarang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU