ARTIKEL

Tertuduh (tengah) dibawa bersama tertuduh lain oleh anggota polis.

Lelaki dipenjara enam bulan curi barang kemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana mencuri barang kemas bernilai RM18,176 di sebuah pusat beli belah di Tabuan pada 2 Julai lalu.

Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Amirul, 30, selepas mengaku melakukan kesalahan atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah kedai menjual barang kemas dan perhiasan kristal di sebuah pusat beli belah di Jalan Bayor Bukit, sekitar jam 12.14 petang, 2 Julai lepas.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, dia didakwa mencuri seutas rantai Moldavite 925 bernilai RM12,888 dan sebentuk cincin jed Burma bernilai RM5,888.

Pengadu menyedari barang-barang tersebut hilang sekitar jam 5.31 petang lalu terus membuat laporan polis.

Tertuduh berjaya ditangkap di tempat letak kereta di hadapan sebuah pusat beli belah iaitu tempat kejadian curi berlaku sekitar jam 4.10 petang, 3 julai lepas.

Semasa prosiding, tertuduh merayu agar hukuman ringan dikenakan, dan memberitahu mahkamah dia mencuri barang tersebut untuk makanan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan memohon agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU