ARTIKEL

Lelaki dipenjara salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu, Februari tahun lalu.

Mohamad Faizal Aron, 41, mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ketika ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching sekitar jam 8.30 malam, 7 Februari 2022.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 diletakkan di bawah pengawasan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Zubaidah memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, semasa ditahan pihak polis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif.

Kemudian, sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Syabu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU