ARTIKEL

Lelaki dipenjara tiga bulan, denda RM10,000 ugut bakar rumah, simbah anak tiri dengan petrol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Simbah anak tiri perempuan dengan minyak petrol dan ugut bakar rumah dalam satu pertengkaran mulut, seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Menurut fakta kes, pada 25 September lepas, pengadu wanita berusia 24 tahun melaporkan satu kejadian kepada pihak polis tentang bapa tirinya yang mengugut hendak membakar rumah dan menyimbahnya menggunakan petrol.

Hasil siasatan mendedahkan bahawa tertuduh, 51, tidak berpuas hati apabila ibu kandung pengadu memungkiri janji untuk keluar makan bersama-sama.

Keadaan tersebut mencetuskan pertengkaran secara lisan di antara pengadu dengan tertuduh.

Susulan pertengkaran tersebut, tertuduh mengeluarkan kata-kata yang berbaur ugutan serta menyimbah minyak petrol ke arah pengadu.

Perbuatan dan ugutan tersebut menimbulkan perasaan takut dan kebimbangan kepada pengadu lalu melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis pada 26 September lalu.

Semasa sebutan kes hari ini, tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Hui Chuan memerintahkan tertuduh yang berasal dari Kuala Lumpur itu ditambah penjara sembilan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Nor Kazly, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU