ARTIKEL

Lelaki dipenjara tiga bulan, denda RM3,500 kerana miliki barang curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki barang curi.

Tertuduh Pevenoe Ronald Micheal Ling, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki harta curi iaitu seunit CPU jenama Acer, tiga unit monitor komputer dan tiga unit papan kekunci komputer, pada 16 September lepas.

Menurut fakta kes, tangkapan terhadap tertuduh dilakukan susulan kejadian pecah masuk sebuah gudang yang dilaporkan pada 10 September lepas.

Pada 16 September, sekitar jam 12 tengah hari berpandukan salah seorang suspek, sepasukan polis telah pergi ke kediaman tertuduh yang beralamat di Taman Malihah Jaya, Jalan Matang untuk melakukan siasatan.

Semasa tangkapan, tertuduh turut menyerahkan barang-barang curi yang dimilikinya.

Dalam kes berkaitan, seorang lelaki berusia 54 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memecah masuk gudang milik sebuah syarikat yang beralamat di Jalan Dermaga, kawasan Perindustrian Pending sekitar 5.25 petang pada 10 September lepas.

Hew Yu Hock didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masuk gudang serta mencuri empat unit monitor, dua unit CPU, tiga unit papan kekunci dan dua buah telefon pintar.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 serta dua orang penjamin tempatan.

Mahkamah juga memutuskan pengurusan kes dilanjutkan kepada 29 Oktober depan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU