KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menyerang jirannya menggunakan sebilah pisau kecil hingga menyebabkan kecederaan, April lalu.
Tertuduh Haniffah Abdullah, 28, dari Kampung Telaga Air mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan seorang lelaki berusia 38 tahun menggunakan senjata berbahaya itu di sebuah rumah di Kampung Telaga Air, kira-kira jam 9.30 pagi, 7 April lalu.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.
Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 9 April lalu di kediaman tertuduh.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.




