ARTIKEL

Lelaki diperintah jaga bon keamanan serang kontraktor semasa perbincangan jual beli rumah 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menumbuk seorang kontraktor lelaki semasa berbincang tentang urusan jual beli rumah.

Bong Nyet Chin, 54, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Sekyen 67 Kanun Tatacara Jenayah yang dibacakan di hadapan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Berdasarkan fakta kes, pada 18 Disember 2023, sekitar jam 11.30 pagi, dalam sebuah premis di Saradise, Jalan Stutong, pengadu merupakan seorang kontraktor sedang berbincang dengan dua orang lelaki.

Perbincangan tersebut mengenai urusan jual beli rumah, tiba-tiba salah seorang lelaki terbabit menumbuk muka dan leher pengadu.

Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kecederaan sakit di bahagian kepala.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut lalu membawa kepada penangkapan tertuduh pada 20 Disember 2023.

Hasil siasatan, mendapati tertuduh sengaja menyebabkan kecederaan pengadu.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan kejadian berulang, Mason Jaro memerintahkan tertuduh bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM500.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU