ARTIKEL

Suspek dibawa keluar dari bilik Mahkamah Majistret 3.

Lelaki direman bantu siasatan kes penipuan perjanjian bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan perjanjian bantuan melepaskan warga China yang ditahan pihak berkuasa, direman selama tiga hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Perintah reman reman terhadap suspek berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu bermula hari ini.

Permohonan reman ke atas lelaki terbabit dibuat oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Kamarul Anuar Halim bagi membolehkan melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurut sumber, pada 29 September 2025, pengadu kes berjumpa dengan suspek yang menawarkan khidmat bantuan untuk melepaskan rakan perempuannya yang merupakan warga China yang telah ditahan oleh Jabatan Imigresen semasa berada dalam sebuah pusat hiburan.

Pengadu bersetuju dengan tawaran suspek lalu membuat empat transaksi pemindahan wang ke akaun syarikat bernama Bespoke Company dengan jumlah keseluruhan RM26,000.

Namun, pada 29 November 2025 pengadu mendapati rakannya telah dikenakan tindakan undang-undang dan diusir pulang ke negara asal.

Susulan itu, apabila merasakan dirinya ditipu lalu membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU