ARTIKEL

PDRM

Lelaki Ditahan Dengan Syabu Bernilai RM660

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan polis bersama dadah disyaki methamphetamine bernilai kira-kira RM660 dalam satu operasi di Kampung Goebilt pada 1 Disember 2025.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu, tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching pada jam 1.25 tengah hari. Pemeriksaan kemudian menemui tujuh paket plastik lutsinar berwarna biru mengandungi dadah seberat 6 gram.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, manakala semakan lanjut mengesahkan lelaki itu tidak memiliki rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, serta tiga hingga sembilan sebatan jika disabitkan.

Katanya lagi, suspek kini direman selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Disember bagi membantu siasatan.

“Masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti dadah digesa menghubungi Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU