ARTIKEL

Lelaki Ditahan Disyaki Pecah Cermin Kereta Di Gerbang Malam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki memecahkan cermin bahagian penumpang hadapan sebuah kereta jenis Perodua Bezza menggunakan batu selepas berlaku perselisihan berkaitan bayaran perkhidmatan penggilap kenderaan, Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima laporan kejadian khianat melibatkan kerosakan sebuah kenderaan di kawasan Gerbang Malam di sini itu pada 21 April lepas.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11.40 malam, Selasa lepas dengan rakaman kejadian telah tular di laman Facebook menerusi akaun “Iesya Toh”.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 43 tahun pada 22 April kira-kira 1 pagi. Suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Muhammad Najib berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan suspek telah direman dan akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap individu yang menawarkan perkhidmatan tanpa diminta di kawasan awam. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,