ARTIKEL

TAHAN... Suspek ditahan bersama dadah.

Lelaki ditahan miliki syabu, disyaki cuba edar dadah di Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis di hadapan sebuah kedai di sini, hari ini, selepas secara sukarela menyerahkan kotak rokok yang mengandungi dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Lautin berkata, suspek ditahan sekitar jam 2.45 petang oleh sepasukan anggota yang menjalankan rondaan.

“Suspek telah menyerahkan kotak rokok berjenama ‘ERA’ yang mengandungi satu peket kecil plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu, ketika ditanya mengenai sebarang aktiviti jenayah yang mungkin dilakukannya.

“Hasil pemeriksaan mendapati dadah tersebut seberat 1.30 gram dengan anggaran nilai rampasan RM260. Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Damataries, ujian saringan awal mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah, namun siasatan lanjut menunjukkan dia telah aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal tahun ini.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk dihantar kepada pelanggan di sekitar kawasan terbabit,” ujarnya.

Menurutnya lagi, siasatan turut mendedahkan bahawa suspek memperoleh bekalan dadah daripada seorang individu dikenali sebagai “Aphing” yang dipercayai berada di sekitar Batu 7 dan Kampung Tambirat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pembekal tersebut. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok untuk membantu siasatan.

“Buat masa ini, suspek ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU