ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lelaki Ditahan Sejam Selepas Samun Warga Asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan diberkas selepas menyamun warga asing di Jalan Danau, Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, dekat sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira sejam selepas kejadian samun, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata insiden itu berlaku ketika mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki sebelum disamun suspek yang menunggang motosikal.

“Dalam kejadian berkenaan mangsa hilang sebuah telefon bimbit dan mengalami luka di bahagian siku, kaki kanan serta muka setelah bergelut dengan lelaki itu.

“Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah dan satu rekod orang dikehendaki selain turut positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, telefon bimbit jenama Vivo dan tiga plastik lut sinar disyaki berisi dadah daripada lelaki terbabit.

Lelaki itu katanya direman hingga Rabu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU