ARTIKEL

MAUT… Mangsa disahkan meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di Jalan Batu Kawa, Moyan–Malihah, di sini, tengah hari tadi.

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta di Jalan Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 69 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di Jalan Batu Kawa, Moyan–Malihah, di sini, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengah hari berhubung seorang individu tidak sedarkan diri di dalam kereta.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya diketuai Pegawai Bomba Kanan I Pandi Seh dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyatan.

Menurut JBPM, mangsa didapati berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berkunci dari dalam, dengan enjin kenderaan masih hidup.

Anggota bomba bertindak membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa dikenal pasti sebagai Bong Teck Onn dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, manakala operasi ditamatkan selepas keadaan disahkan selamat,” katanya.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya