ARTIKEL

Operasi SAR giat dijalankan hari ini.

Lelaki Hilang Di Perairan Pulau Bruit, SAR diperluas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memperluas operasi bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama-sama adik iparnya karam akibat gelombang kuat di perairan Pulau Bruit, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daro, PBK I Hasman Bakar berkata, kawasan pencarian SAR hari kedua merangkumi radius sehingga dua batu nautika dari lokasi kejadian bagi meningkatkan peluang menemui mangsa.

“Keadaan laut hari ini sedikit reda berbanding semalam, sekali gus memudahkan pasukan SAR meneruskan operasi walaupun cabaran gelombang dan angin kencang masih ada,” katanya dalam kenyataan.

Hasman menambah, dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Aldin Rakli, 59, dilaporkan tercampak ke laut selepas bot yang mereka naiki karam.

Adik iparnya, Kaharruddin Buang, 42, berjaya berenang ke daratan dan mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

“Menurut laporan, mereka berdua dalam perjalanan dari Pulau Bruit menuju ke Kuala Matu menggunakan sebuah bot baharu yang dibina di kampung berkenaan.

“Bot tersebut dipercayai tidak mampu menahan ombak besar yang melanda perairan pada waktu kejadian.

“Ketika melalui kawasan perairan Pulau Bruit, bot karam secara tiba-tiba. Seorang mangsa berjaya sampai ke pantai, manakala abang iparnya masih hilang,” kata Hasman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU