ARTIKEL

MAUT... Mangsa ditemukan meninggal dunia selepas tersangkut di celahan batu di kawasan hutan Ropi, Kampung Fairy, Bidi, Krokong, di sini, hari ini.

Lelaki hilang ditemukan maut di celahan batu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun keluarga pada 16 September lalu ditemukan meninggal dunia selepas tersangkut di celahan batu di kawasan hutan Ropi, Kampung Fairy, Bidi, Krokong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd. Haide A. Rahman, berkata mangsa berusia 28 tahun ditemukan kira-kira jam 2.50 petang, dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 500 meter dari rumahnya.

“Mangsa ditemukan tersangkut di celahan batu pada ketinggian kira-kira 20 meter dari aras tanah dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Bau pada jam 4.10 petang,” katanya.

Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik sampel tanah tapak pembinaan itu dilaporkan keluar rumah kira-kira jam 10 pagi untuk ke kebun milik keluarga yang terletak kira-kira 30 minit berjalan kaki dari rumah.

Katanya, adik mangsa membuat laporan polis pada jam 10.21 pagi, 17 September selepas mangsa tidak pulang, sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 1.30 petang hari sama.

Pencarian awal melibatkan radius kira-kira 500 meter dan dibahagikan kepada tiga pasukan, namun operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5.30 petang berikutan keadaan semakin gelap serta laluan licin selepas hujan renyai-renyai.

“Pencarian diteruskan pada 18 September dengan membabitkan PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit K9 Bomba serta penduduk kampung.

“Radius pencarian diperluaskan sehingga kira-kira lima kilometer, namun mangsa masih belum ditemukan dan tiada petunjuk tetap atau jelas diperoleh,” katanya.

Beliau berkata, pencarian diteruskan hari ini dengan kekuatan 11 anggota PDRM, dua anggota PGU, 12 pegawai dan anggota bomba, lima anggota APM serta 17 penduduk kampung.

“Pasukan mencari dibahagikan kepada dua kumpulan sebelum memasuki kawasan pencarian di Bung Ngiraja dan mangsa berjaya ditemukan kira-kira jam 2.50 petang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU