ARTIKEL

Lelaki hilang selepas bot terbalik di Kampung Hulu Paloh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya bersama-sama dua rakan terbalik di Kampung Hulu Paloh, di sini, pagi ini.

Mangsa, Musliman Mohammad, 28, dilaporkan hilang dalam kejadian itu, manakala dua lagi individu berjaya menyelamatkan diri.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, bot berkenaan dinaiki tiga individu termasuk seorang yang bertindak sebagai pengemudi.

Dua mangsa yang terselamat katanya, terdiri daripada pemandu bot dan seorang penumpang.

“Berikutan kejadian itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis menghantar enam anggota ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita juga membawa sebuah kenderaan utiliti jenis Navara serta bot aluminium untuk membantu usaha pencarian,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa masih belum ditemukan setakat laporan dikeluarkan, manakala operasi SAR diteruskan bagi mengesan mangsa.

BERITA LAIN

Tanpa perancangan awal, Udak raih podium Raja Sungai

KUCHING: Meskipun pada mulanya tidak berhasrat menyertai Regata Sarawak 2026, pasukan Udak tetap membuktikan kemampuan apabila perahu Udak-8 meraih tempat ketiga acara berprestij Raja Sungai

RM6.46 bilion perkukuh bekalan air Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM6.46 bilion bagi melaksanakan 361 projek bekalan air di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) dan pembiayaan alternatif,

BERITA TERBARU

Tanpa perancangan awal, Udak raih podium Raja Sungai

KUCHING: Meskipun pada mulanya tidak berhasrat menyertai Regata Sarawak 2026, pasukan Udak tetap membuktikan kemampuan apabila perahu Udak-8 meraih tempat ketiga acara berprestij Raja Sungai