ARTIKEL

Pasukan Udak meraih tempat ketiga acara Raja Sungai kategori tempatan pada Regata Sarawak 2026 di Sungai Sarawak, semalam.

Tanpa perancangan awal, Udak raih podium Raja Sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Meskipun pada mulanya tidak berhasrat menyertai Regata Sarawak 2026, pasukan Udak tetap membuktikan kemampuan apabila perahu Udak-8 meraih tempat ketiga acara berprestij Raja Sungai kategori tempatan di Sungai Sarawak, semalam.

Pengurus pasukan Udak, Datuk Hamzah Brahim berkata, beliau bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya walaupun terlepas peluang merangkul Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak menerusi acara Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Tempatan itu.

Pasukan Udak meraih tempat ketiga acara Raja Sungai kategori tempatan pada Regata Sarawak 2026 di Sungai Sarawak, semalam.

“Saya bersyukur dan berpuas hati dengan prestasi pasukan Udak.

“Sebenarnya, kami menyertai regata kali ini tanpa perancangan awal seperti kebiasaan kerana pada mulanya pasukan memang tidak bercadang untuk mengambil bahagian,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Pasukan Udak meraih tempat ketiga acara Raja Sungai kategori tempatan pada Regata Sarawak 2026 di Sungai Sarawak, semalam.

Menurut Hamzah, Regata Sarawak edisi kali ini memperlihatkan persaingan semakin sengit susulan pertambahan pasukan tempatan serta peningkatan mutu kayuhan berbanding penganjuran terdahulu.

Dalam pada itu, beliau berharap acara tertentu termasuk kategori maraton dan Perahu Kenyalang dapat dikhususkan kepada pekayuh tempatan pada penganjuran akan datang bagi membuka lebih banyak peluang kepada bakat negeri ini.

Pasukan Udak meraih tempat ketiga acara Raja Sungai kategori tempatan pada Regata Sarawak 2026 di Sungai Sarawak, semalam.

“Sekiranya dapat dilaksanakan, saya yakin ia akan menambahkan lagi ruang dan semangat kepada pekayuh tempatan untuk beraksi dalam sukan rakyat yang menjadi kebanggaan kita selama ini,” jelasnya.

Hamzah turut mengucapkan tahniah kepada Todak Berjaya yang mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Raja Sungai kategori tempatan, sekali gus menewaskan Landas Saga Sebuyau 3 di tempat kedua dan Udak-8 di kedudukan ketiga.

Kejayaan itu membolehkan Todak Berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, manakala Landas Saga Sebuyau 3 menerima RM20,000 dan Udak-8 meraih RM10,000 berserta piala dan pingat.

Sementara itu, satu lagi perahu pasukan Udak, Udak-3 turut mencatat pencapaian apabila memenangi salah satu perlumbaan saringan kategori sama pada Sabtu lalu, mengatasi Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak dan Landas Saga Sebuyau 3.

Majlis penyampaian hadiah acara Raja Sungai disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan disaksikan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SKS nentu nadai rayat tinggal ari arus pemansang

SRI AMAN: Perintah Sarawak majak ngerembaika servis ngagai rayat datai ba renggat baruh ngena chara ngundang ke menua nengah Program Sarawakku Sayang (SKS). Kaban Parlimen