ARTIKEL

JUARA... Pasukan Warrez Sri Muara meraikan kejayaan muncul juara Piala Cabaran Tunku 2026 selepas menewaskan Haboka FC II 1-0 pada aksi final di Padang KDFA, Jumaat lalu.

Warrez Sri Muara julang Piala Cabaran Tunku 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warrez Sri Muara mencipta sejarah merangkul kejuaraan sulung Piala Cabaran Tunku 2026 selepas menewaskan Haboka FC II 1-0 pada aksi final yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat di Padang KDFA, Jumaat lalu.

Kejayaan itu hadir menerusi jaringan tunggal Mohd Azai yang memastikan Warrez Sri Muara menamatkan kempen dengan gelaran juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM600 berserta piala dan pingat.

Pengurus pasukan Warrez, Abdul Hamid berkata, kemenangan itu cukup bermakna selepas barisan pemain berjaya mengharungi perlawanan sengit meskipun berdepan tentangan hebat pihak lawan serta keadaan cuaca yang mencabar.

“Perlawanan ini amat sukar kerana pihak lawan memberikan saingan sengit sepanjang permainan, tetapi pemain kami tetap mempamerkan prestasi yang sangat baik.

“Walaupun hujan lebat, keadaan itu tidak mematahkan semangat pemain untuk berjuang sehingga berjaya meraih kemenangan penting dalam penampilan pertama kami di pentas final,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurut Abdul Hamid, disiplin tinggi dan keupayaan mengekalkan momentum sepanjang musim menjadi antara faktor utama kejayaan pasukannya menamatkan saingan dengan kejuaraan.

Beliau berkata, kejayaan berkenaan turut menjadi suntikan semangat kepada Warrez Sri Muara untuk menghadapi cabaran lebih besar pada musim depan, khususnya dalam saingan Liga Perdana Tunku 2027.

Dalam aksi final itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan kompetitif meskipun hujan lebat menjejaskan keadaan padang, namun Warrez berjaya memanfaatkan peluang untuk menghasilkan jaringan kemenangan.

Sementara itu, Mohd Azai turut mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas menjaringkan gol tunggal yang memastikan kemenangan pasukannya.

Kejayaan tersebut melengkapkan kempen Warrez dengan pencapaian bermakna, selain menjadi bekalan keyakinan untuk memburu kedudukan lebih tinggi dalam saingan liga musim hadapan.

Piala Cabaran Tunku 2026 menghimpunkan tujuh pasukan daripada keseluruhan 15 pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Tunku, sekali gus menyediakan platform persaingan tambahan kepada pasukan yang mengambil bahagian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM6.46 bilion perkukuh bekalan air Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM6.46 bilion bagi melaksanakan 361 projek bekalan air di seluruh negeri di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) dan pembiayaan alternatif,