ARTIKEL

Andrea Kimi Antonelli mencipta sejarah sebagai juara dunia F1 termuda pada usia 20 tahun 68 hari selepas menamatkan Grand Prix Mexico City di tempat ketiga, awal pagi tadi. | Foto: F1

Antonelli juara dunia F1 termuda, tamat penantian 73 tahun Itali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelumba Mercedes AMG-Petronas, Andrea Kimi Antonelli mencipta sejarah baharu Formula Satu (F1) apabila dinobatkan sebagai juara dunia termuda pada usia 20 tahun 68 hari selepas menamatkan Grand Prix Mexico City di tempat ketiga, awal pagi tadi.

Kejayaan sensasi pelumba Itali itu bukan sahaja memecahkan rekod Sebastian Vettel yang bergelar juara dunia pada usia 23 tahun 134 hari pada 2010, malah menamatkan penantian 73 tahun negaranya untuk melahirkan juara dunia F1 sejak Alberto Ascari pada 1953.

Andrea Kimi Antonelli mencipta sejarah sebagai juara dunia F1 termuda pada usia 20 tahun 68 hari selepas menamatkan Grand Prix Mexico City di tempat ketiga, awal pagi tadi. | Foto: F1

“Kami berjaya. Saya tidak mungkin berada di sini tanpa Mercedes dan keluarga.

Saya amat bersyukur atas detik yang akan saya kenang selama-lamanya.

Andrea Kimi Antonelli mencipta sejarah sebagai juara dunia F1 termuda pada usia 20 tahun 68 hari selepas menamatkan Grand Prix Mexico City di tempat ketiga, awal pagi tadi. | Foto: F1

“Saya kehilangan kata-kata dan masih cuba menghadam apa yang baru berlaku,” katanya selepas perlumbaan di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City.

Kejayaan Kimi hadir selepas beliau menamatkan perlumbaan 71 pusingan itu di belakang pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen yang muncul juara, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton daripada Ferrari menduduki tempat kedua.

Kimi yang memulakan perlumbaan dari petak keempat berjaya mengharungi aksi penuh dramatik termasuk kemunculan bendera merah dan kereta keselamatan sebelum mengesahkan kedudukan podium ketiga, hanya 4.006 saat di belakang Verstappen.

Pelumba Itali itu berlumba dengan kelebihan besar dalam carta kejuaraan dan hanya memerlukan penamat sekurang-kurangnya di tempat kesembilan untuk memastikan gelaran dunia menjadi miliknya.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan Kimi mengatasi rekod Hamilton yang bergelar juara dunia pada usia 23 tahun 300 hari pada 2008, Fernando Alonso pada usia 24 tahun 58 hari pada 2005 dan Verstappen pada usia 24 tahun 73 hari pada 2021.

Lebih bermakna, Kimi menjadi pelumba Itali pertama merangkul kejuaraan dunia F1 sejak Ascari memenangi gelaran keduanya bersama Ferrari pada musim 1953.

Sementara itu, Verstappen mencatat kemenangan ketiganya musim ini selepas menahan asakan sengit Hamilton yang menamatkan perlumbaan hanya 0.799 saat di belakang pelumba Belanda berkenaan.

Charles Leclerc melengkapkan kedudukan keempat buat Ferrari, diikuti Lando Norris daripada McLaren di tempat kelima dan rakan sepasukan Antonelli, George Russell di kedudukan keenam.

Sementara itu, persaingan sengit antara dua pelumba Ferrari, Hamilton dengan Leclerc mencetuskan kontroversi apabila kedua-duanya terbabas di Selekoh 4 pada pusingan pertama, sebelum Leclerc dikenakan penalti lima saat. Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Leclerc keempat.

Gelaran sulung itu sekali gus melengkapkan musim luar biasa Kimi bersama dengan Mercedes dengan baki empat perlumbaan sebelum musim 2026 berakhir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SAINS perlu teroka teknologi baharu

KUCHING: Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) perlu terus meneroka teknologi baharu bagi memastikan Sarawak bukan sekadar menjadi pengguna, malah mampu muncul sebagai pencipta teknologi.