ARTIKEL

PILIHAN JUARA... Barisan pemain Fadzio FT.

Liga Lundu 2026: Bajo Mix, Fadzio berentap di final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Dua pasukan handalan, Bajo Mix FC dan Fadzio FT menepati ramalan mara ke final kempen Liga Lundu 2026.

Kedua-dua pasukan terbabit mengesahkan tiket untuk pemburuan gelaran juara musim ini selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir hujung minggu lalu.

Bajo Mix FC mara selepas menyingkirkan Kesuka FC (4-3) menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat (1-1) untuk masa penuh perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lepas.

PESAING HEBAT… Pemain pasukan Bajo Mix FC.

Berbanding kemenangan selesa (4-1) dicatatkan Fadzio FT ke atas Sampadi FC pada perlawanan yang berlangsung pada Ahad.

Perlawanan antara Fadzio FT dengan Sampadi FC agak meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua pasukan.

Tidak ketinggalan, penyandang kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Perlawanan akhir membabitkan Bajo Mix FC dan Fadzio FT dijadualkan berlangsung pada 14 November ini bertempat di Kompleks Sukan Lundu.

BERITA LAIN

SRG juara MPL Malaysia kali keenam berturut-turut

KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG) meneruskan dominasi dalam saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia apabila muncul juara buat kali keenam berturut-turut

BERITA TERBARU