ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing bersama sebahagian peserta yang menyertai Program Jangkauan Madani-Cakna Belia Daerah Meradong dan Julau di Bintangor.

Saberkas wadah penyatuan belia pelbagai kaum, latar belakang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Meradong memainkan peranan sebagai platform penyatuan golongan belia dalam usaha membentuk generasi muda yang bertanggungjawab dengan pembangunan negeri.

Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, golongan belia merupakan aset penting yang bakal mencorakkan masa depan Sarawak, justeru pembangunan jati diri, ilmu pengetahuan serta semangat patriotisme perlu terus dipupuk dalam kalangan mereka.

“Saya menggesa belia Meradong supaya memanfaatkan peluang yang ada untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran, selain aktif menyertai program kemasyarakatan yang mampu memberi sumbangan positif kepada persekitaran mereka,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jangkauan Madani-Cakna Belia Daerah Meradong dan Julau, hari ini.

Kuong Hiing optimis, penganjuran program mampu meningkatkan kefahaman generasi muda dengan nilai kenegaraan, semangat cinta akan negara serta tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, pengisian program bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek kenegaraan menerusi sesi taklimat, malah aktiviti sukan seperti Street Soccer turut diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemai semangat kerjasama dan kesukanan.

“Saya juga berharap program ini dapat diteruskan sebagai usaha melahirkan generasi muda yang berwawasan, berkualiti dan berdaya saing, selain menghargai perpaduan sebagai asas penting kepada pembangunan komuniti serta kemajuan Sarawak,” katanya.

Program dianjurkan Saberkas Cawangan Meradong dengan kerjasama Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi dan Akademi Kenegaraan Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU