ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki 42 tahun dipenjara 10 bulan kes salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu, pada Jun 2025.

Lelaki berusia 42 tahun tersebut mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama, kerana memasukkan dadah terlarang jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam badannya.

Dia didakwa positif dadah semasa ditahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar 3.28 pagi, 29 Jun 2025.

Sabit kesalahan membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pihak polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Kemudian, laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak turut mengesahkan tertuduh positif dadah amphetamine dan methamphetamine.

Mahkamah memerintahkan tertuduh di bawah Pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU