ARTIKEL

BARANG KAWALAN… Suspek yang ditahan bersama barang-barang rampasan oleh pihak polis.

Lelaki Indonesia dicekup cuba seludup keluar gula, beras dan barang kawalan lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Seorang lelaki warga indonesia dicekup kerana disyaki cuba menyeludup keluar barang-barang harga kawalan bernilai sekitar RM1,920, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP Victor Ripon berkata, suspek berusia 39 tahun dari Putus Sibau, Indonesia menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) itu berjaya ditangkap dalam Ops Lejang/Rantau di Jalan Entugam-Batu Kaya sekitar jam 4.56 petang.

“Pemeriksaan dilakukan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Lubok Antu menjumpai pelbagai jenis makanan yang dikawal harga disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

“Antara barang-barang yang dirampas ialah 48 bungkus gula super (1kg), 59 bungkus (1kg) gula kasar, beberapa jenis makanan sejuk beku, susu dan beras,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kesemua barang kes dianggarkan bernilai RM1,920 dan suspek ditahan untuk tindakan serta siasatan lanjut.

Ujarnya, kes terbabit telah dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) selain siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961.

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston