ARTIKEL

Lelaki warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar 1,416 guni bawang besar melalui sempadan di Biawak.

Lelaki Indonesia seludup bawang RM322,300 tumpas di Biawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menggagalkan cubaan dua lelaki warga Indonesia menyeludup keluar 1,416 guni bawang besar.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata kedua-duanya yang berusia 30 dan 34 tahun ditahan kira-kira jam 11.30 malam, 13 Ogos lalu ketika menggunakan dua buah lori bagi membawa kesemua bawang tersebut melalui ladang kelapa sawit di Biawak.

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM322,300 dan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun kerana disyaki menyeludup 3.5 tan beras.

Suspek yang memandu sebuah lori ditahan di kawasan Bau kira-kira jam 8.30 malam, 9 Ogos lalu dan kesemua tangkapan serta rampasan yang dianggarkan berjumlah RM183,000 diserahkan kepada Jabatan Kawal Selia Padi dan Beras Cawangan Kuching untuk siasatan lanjut di bawah Akta 522, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

Lim berkata pihaknya juga menggagalkan tiga cubaan menyeludup keluar produk makanan sejuk beku melalui sempadan Malaysia-Indonesia.

Tangkapan pertama melibatkan dua wanita warga asing berusia 48 dan 51 tahun ketika cuba menyeludup keluar 202 kotak produk makanan sejuk beku menggunakan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Daihatsu Gran Max melalui sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu kira-kira jam 4.45 petang, 4 Ogos lepas.

Beliau menambah, tangkapan turut dilakukan pada hari sama ke atas seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun yang menggunakan van untuk menyeludup keluar 50 kotak produk makanan sejuk beku melalui sempadan di Tebedu.

Seorang lagi wanita warga tempatan berusia 41 tahun ditahan dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Tebedu yang dijadikan tempat penyimpan produk makanan sejuk beku, sekali gus membawa kepada penemuan pelbagai bahagian ayam sejuk beku.

Katanya serbuan yang dijalankan kira-kira jam 9.15 pagi, 11 Ogos lalu itu turut merampas dua buah forklift dan dua unit peti sejuk.

Lim berkata seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan pembalakan haram di sebuah kawasan tanah lapang di Sibu.

Katanya suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan kira-kira jam 12 tengah hari, 11 Ogos lalu sekali gus merampas 100 batang kayu balak dan satu unit mesin pemotong kayu, termasuk sebuah jengkaut dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.6 juta.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU