ARTIKEL

JUMPA…Jasad mangsa dijumpai, pagi tadi.

Lelaki jatuh dari tongkang ditemui lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Seorang pekerja tongkang yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Rajang semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Jamie Adong, 54, dijumpai terapung oleh orang awam pada 8.57 pagi di sungai tersebut, kira-kira lima kilometer dari pusat kawalan bomba (PKB).

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak berbaju, hanya berseluar dalam dan mempunyai tatu di lengan kanan,” katanya dalam kenyataan.

Pihak bomba yang mendapat maklumat segera bergegas ke lokasi bersama-sama pasukan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan menggunakan bot penyelamat.

Setibanya di lokasi, mayat mangsa dibawa ke tebing menggunakan beg mayat sebelum dihantar ke jeti pekan Kanowit.

“Kehadiran keluarga yang turut berada di lokasi mengesahkan identiti mangsa. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 10.30 pagi,” tambah jurucakap itu.

Terdahulu, seorang saksi yang berada di atas tongkang mendakwa melihat mangsa terjatuh ke dalam sungai kira-kira dua kilometer dari pekan Kanowit.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih