ARTIKEL

Lelaki juga jadi mangsa dera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERBICARA mengenai isu keganasan yang berlaku dalam rumah tangga, kebanyakan kes akan lebih tertumpu kepada wanita kerana golongan ini yang banyak terkesan.

Perkara tersebut kerana kebanyakan mangsa yang tampil melaporkan kes adalah dalam kalangan wanita ataupun melibatkan kanak-kanak dan ini juga adalah realiti yang berlaku di Malaysia.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa kes penderaan rumah tangga ini berkait rapat dengan wanita kerana kebanyakan mereka telah menjadi mangsa tidak kira penderaan fizikal atau mental.

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Adakah ia hanya merujuk kepada wanita semata-mata?

Menurut laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), keganasan rumah tangga merupakan perbuatan secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan; mencederakan secara fizikal, memaksa atau mengancam melakukan hubungan seksual; khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran.

Sehubungan itu, sedar atau tidak walaupun kes keganasan rumah tangga selalunya dikaitkan dengan wanita dan kanak-kanak, tanpa kita sedar lelaki juga menjadi mangsa penderaan yang juga dilindungi di bawah undang-undang di negara ini.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri yang menyatakan bahawa Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) bukan hanya melindungi golongan wanita tetapi juga lelaki.

Menurutnya, walaupun mangsa keganasan rumah tangga sering dikaitkan dengan wanita tetapi lelaki juga ada yang menjadi mangsa, sekali gus dilindungi oleh undangundang.

Katanya lagi, dari segi sasaran mungkin lebih kepada wanita kerana golongan ini banyak terkesan, tetapi akta tersebut juga diguna pakai untuk lelaki di Malaysia.

Bagaimanapun, jika lelaki menjadi mangsa penderaan atau keganasan rumah tangga, berapa ramai yang tampil membuat aduan?

Memetik laporan berita nasional, Pensyarah undangundang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar memaklumkan, sesiapa sahaja mangsa keganasan rumah tangga tidak kira wanita atau lelaki mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Menurutnya, kalau kita lihat definisi mangsa dalam akta tersebut jelas menunjukkan undang-undang ini tidak membezakan mangsa keganasan melalui jantina.

Malah, jelasnya, jika kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8 pun menjamin kesamarataan seperti yang termaktub dalam Perkara 8 (1) yang menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Manakala, dalam Perkara 8 (2) juga menyatakan tidak boleh ada diskriminasi dalam undang-undang termasuk jantina. Ini sangat jelas, lelaki juga mempunyai hak untuk dilindungi daripada keganasan rumah tangga.

Dalam pada itu, Pusat Perkhidmatan Krisis Bersepadu (OSCC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 9,704 kes keganasan rumah tangga yang mendapatkan rawatan di pusat berkenaan pada tahun lalu.

Pegawai Pusat Kecemerlangan (KKM), Mejar Bersekutu (PA) Kasturi Bai memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 84 peratus iaitu 8,145 kes adalah wanita dan selebihnya 1,559 kes mangsa lelaki.

Menurutnya, kes keganasan rumah itu melibatkan penderaan fizikal sebanyak 5,361 wanita berbanding 1,327 lelaki manakala seksual (2,671 wanita dan 197 lelaki) serta psikologi (113 wanita dan 35 lelaki).

Melihat kepada angka tersebut, sememangnya kes penderaan yang menjadikan lelaki sebagai mangsa ini lebih rendah jika dibandingkan dengan wanita.

Tetapi jika perkara ini dibiarkan berterusan, keadaan juga boleh menjadi semakin parah.

Kes penderaan atau keganasan rumah tangga dalam kalangan lelaki ini juga bukan bahan jenaka, kerana dalam masyarakat kita hari ini, kes sedemikian juga tidak mustahil berlaku.

Mungkin kedengaran lucu atau sukar dipercayai bahawa wanita yang dianggap lemah boleh menjadi “pemangsa”.

Namun, tiada yang mustahil.

Disebabkan itu, semua pihak perlu memahami bahawa akta tersebut adil.

Jadi, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita juga perlu memikirkan perkara ini dengan lebih serius supaya mangsa lelaki tidak malu tampil membuat laporan.

LAIN-LAIN BERITA

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

Prinsip moral tinggi

INTEGRITI adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan seumpamanya yang berperanan besar dalam membina

Trend pengangguran global

PENGANGGURAN merupakan fenomena berleluasa yang mempengaruhi individu, keluarga dan masyarakat global. Daripada negara maju sehingga ekonomi membangun, isu pengangguran menjadi cabaran yang memberi kesan kepada

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta