ARTIKEL

Lim Soon Kien bersama dua isterinya dalam satu majlis perkahwinan di sini, malam semalam. (FOTO: FB CHINA PRESS)

Lelaki kahwin dua wanita serentak tarik perhatian netizen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kisah lelaki berkahwin lagi dan menambah isteri sudah biasa didengari, namun apabila lelaki mengahwini dua wanita dalam satu masa amat jarang berlaku.

Lelaki yang dikenali sebagai Lim Soon Kien berjaya menarik perhatian netizen apabila mengahwini dua isteri sekali gus.

Memetik perkongsian sebuah laman di Facebook hari ini, Lim Soon Kien telah berkahwin dengan dua orang wanita dalam satu majlis perkahwinan di sebuah restoran di Jalan Simpang Tiga, Kuching.

“Dua wanita yang dikenali sebagai Ivy Ong dan Dewi Kartika itu mengenakan gaun pengantin dan baju pengantin tradisional cina yang dikenali sebagai Qungua semasa majlis tersebut.

“Mereka turut bersama-sama memotong kek perkahwinan dan merakam kenangan bersama tetamu yang hadir,” katanya.

Kedua-dua pengantin wanita itu dipercayai berbangsa Cina dan warga Indonesia.

Difahamkan, lelaki itu merupakan seorang pemilik kedai mi kolok di Kuching. Ada antara netizen yang mengusik meminta ‘resipi’ perkahwinan tersebut.

Rata-rata netizen mempersoalkan adakah status perkahwinan tersebut sah di sisi undang-undang kerana isu berkahwin lebih daripada satu ini biasanya dikaitkan dengan umat Islam.

Lim Soon Kien bersama dua isterinya dalam satu majlis perkahwinan di sini, malam semalam. (FOTO: FB CHINA PRESS)
Majlis perkahwinan tersebut dipercayai diadakan sebuah restoran Jalan Simpang Tiga, di sini. (FOTO: FB CHINA PRESS

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU