KUCHING: Seorang pekerja am sebuah syarikat di Demak Laut maut dipercayai selepas terjatuh dari tempat tinggi di dalam sebuah kapal kargo di Pelabuhan Kuching, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komsioner Awang Din Awang Gani yang mengesahkan kejadian berkata mangsa merupakan seorang lelaki Melayu berumur 54 tahun berasal dari Kuching.
Menurut beliau pihaknya telah mendapat laporan berhubung kejadian sekitar jam 10.21 pagi dari Bilik Gerakan Lembaga Pelabuhan Kuching sebelum mengerahkan sepasukan polis ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Hasil siasatan mendapati seorang lelaki terbaring di dalam kapal tersebut dengan kecederaan parah dibahagian kepala.
“Pegawai Perubatan dari Hospital Normah telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya hasil siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah terhadap kejadian.
Katanya mayat dikeluarkan dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.
Ujarnya kes bagaimanapun masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my