ARTIKEL

Lelaki maut dihempap ‘bucket’ lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas tersepit akibat dihempap bucket lori di Lorong Tun Ahmad Zaidi 1, Jalan Lada di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.05 pagi.

Kemudian, jelasnya, BBP Sibu mengerahkan lapan anggotanya diketuai PBK II Omar Ali Saifuddin Enton beserta sebuah jentera FRT dan EMRS ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa lelaki iaitu pemandu lori tersebut yang dikenali sebagai Young Leh Kui sedang tersepit dibawah bucket lori.

“Semasa kejadian, mangsa dipercayai sedang membuat pemeriksaan pada lori tersebut sebelum di hempap oleh bucket lori,” ujarnya.

Beliau berkata, komander operasi bertindak membuat ‘size up’ dan menjalankan operasi dengan kaedah “saver” untuk menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bucket lori menggunakan peralatan ‘rescue tools’.

Setelah mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, katanya, mangsa diserahkan kepada pihak Ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal, anggota bertolak balik ke balai,” tambahnya.

PARAMEDIK sedang memeriksa mangsa namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari lori.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari lori.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU