LUBOK ANTU: Seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan rakannya sendiri ketika mereka berburu di kawasan hutan Temawai Angat di Engkilili di sini, baru-baru ini.
Memetik media tempatan, insiden itu berlaku apabila salah seorang daripada tiga rakan tertembak mangsa yang disangkakan seekor kera.
Menurut Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan (DSP) Victor Ripon, siasatan awal mendapati lelaki berusia 46 tahun itu dipercayai tertembak mangsa yang berusia 45 tahun ketika mereka bersama-sama keluar berburu di kawasan hutan berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.



