BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut dipercayai ditembak individu dikenalinya di depoh simpanan minyak di Bukit Tengah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata polis giat mengesan suspek yang melarikan diri.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa berusia 41 tahun dipercayai terkena tiga das tembakan daripada suspek yang dipercayai rakan sekerjanya berusia lingkungan 40-an seperti dilapor Bernama.


