ARTIKEL

Polis tahan lelaki, rampas 2,000 pil disyaki yaba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GUA MUSANG: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 2,000 biji pil disyaki yaba bernilai RM20,000 dalam Ops Tapis di Rantau Manis.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata suspek berumur 33 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal Yamaha Y15ZR biru tanpa nombor pendaftaran.

Beliau berkata pemeriksaan pada motosikal itu menemukan beg plastik hitam berisi bungkusan pil seberat 200 gram.

Sik berkata ujian saringan awal air kencing suspek positif methamphetamine dan suspek mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata polis sedang mengenal pasti individu lain yang terlibat dan mengesan sumber bekalan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERITA LAIN

Bumi datar dan tembok ais

MENARIK tentang manusia, semakin banyak teknologi digunakan untuk menjelaskan dunia, semakin banyak pula persoalan muncul yang mencabar penjelasan tersebut. Di tengah-tengah kemajuan sains dan penerokaan

BERITA TERBARU