ARTIKEL

JPJ tahan 17 individu termasuk calon SPM dalam operasi lumba haram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara 17 individu yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas Ekstrem Lumba Haram di sekitar ibu negara.

Pelajar lelaki tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya itu ditahan kerana melakukan aksi berbahaya wheelie di jalan raya.

Remaja itu memberitahu pemberita bahawa aksi tersebut dibuat sekadar suka-suka dan dia tidak perasan diperhatikan penguat kuasa JPJ seperti dilapor Bernama.

Dia ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42A(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengambil bahagian dalam aktiviti menduga kelajuan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata lapan individu disiasat di bawah Seksyen 42A(1) dan 42A(2), manakala sembilan lagi disiasat kerana pengubahsuaian motosikal secara ekstrem.

BERITA LAIN

Bumi datar dan tembok ais

MENARIK tentang manusia, semakin banyak teknologi digunakan untuk menjelaskan dunia, semakin banyak pula persoalan muncul yang mencabar penjelasan tersebut. Di tengah-tengah kemajuan sains dan penerokaan

BERITA TERBARU