ARTIKEL

Lelaki maut, isteri mengandung cedera parah akibat kemalangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Lelaki maut manakala isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka melanggar belakang lori yang sedang berhenti di Jalan Tun Abg Hj. Openg, berhampiran Everwin Trading di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.15 petang semalam ketika pemandu lori terbabit berhenti di lorong kiri jalan kerana hendak membuat pemeriksaan terhadap lori yang mengalami kerosakan.

“Namun semasa sedang membuat pemeriksaan, motosikal yang dinaiki mangsa telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya mangsa lelaki yang berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Sibu.

Manakala isterinya, juga berusia 17 tahun cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Sibu.

Stanley berkata pemandu lori terbabit juga telah ditahan untuk siasatan lanjut dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU