ARTIKEL

Lelaki Maut, Kanak-kanak Cedera Dalam Kemalangan Di Jalan Kampung Moyan Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut sementara seorang kanak-kanak perempuan cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan pejalan kaki di Jalan Kampung Moyan Laut, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Barry William berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 6.20 petang membabitkan mangsa, 47 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Asajaya ke Kampung Moyan Laut.

Katanya, mangsa terlanggar pejalan kaki terbabit yang berlari anak di tepi jalan atas garisan putih.

“Akibat kejadian, pejalan kaki terbabit hanya cedera ringan, manakala mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pegawai perubatan Klinik Kesihatan Asajaya kira-kira 7.50 malam.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Barry berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada keadaan pejalan kaki yang berada di laluan berisiko sehingga menyebabkan halangan tidak perlu di jalan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU