ARTIKEL

Keadaan kedua-dua buah kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pan Borneo berhampiran Ladang 3 Niah di sini, semalam

Lelaki maut kemalangan berhampiran Ladang 3 Niah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pan Borneo berhampiran Ladang 3 Niah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 6.30 pagi semalam, ketika mangsa, 47, dalam perjalanan menghala ke Ladang 3.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta Proton Saga yang dipandu mangsa telah terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh wanita berusia 38 tahun.

“Toyota Hilux tersebut datang dari arah Miri menghala ke Niah, dan kesan dari perlanggaran tersebut telah menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk.

“Pemandu Proton Saga mengalami kecederaan parah, manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Klinik Kesihatan Niah untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 8.21 pagi hari yang sama.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU