ARTIKEL

Lelaki maut kemalangan di Jalan Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang mekanik lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Batu Kawa berhampiran Taman High Field, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan kendiri dilaporkan berlaku sekitar jam 6.15 petang melibatkan mangsa dikenali sebagai Ahmad Atmaden Saat berusia 29 tahun.

Menurutnya, mangsa ketika kejadian menunggang motosikal jenis Yamaha Legenda 115 dalam perjalanan dari arah Bau menghala ke Bandaraya Kuching.

“”Motosikal ditunggang mangsa disyaki hilang kawalan ketika melintasi selekoh lalu merempuh tembok di sebelah kiri bahu jalan dan terbabas ke tengah jalan.

“Akibat kejadian mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan