ARTIKEL

Lelaki maut kemalangan di Jalan Kota Samarahan – Tabuan Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut selepas melanggar belakang sebuah kereta dan kemudian dirempuh sebuah motosikal berkuasa tinggi di Jalan Kota Samarahan – Tabuan Jaya di sini, awal pagi tadi.

Mengesahkan kejadian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Harry Mat, 26, dari Rumah Sidi Kampung Lunying, Sebuyau meninggal dunia semasa dirawat di bilik kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 5 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kuching melanggar belakang sebuah kereta yang berhenti semasa lampu isyarat merah.

Katanya impak perlanggaran itu, motosikal mangsa melekat di bahagian belakang kereta terbabit dan pada masa sama sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang lelaki berumur 27 tahun dari arah sama gagal membrek lalu melanggar motosikal mangsa.

“Mangsa mengalami cedera parah dan dihantar ke HUS menggunakan ambulan.

“Namun sekitar jam 6.52 pagi, pihak hospital memaklumkan dia sudah meninggal dunia semasa dalam rawatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Alexson berkata penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit, yang berasal dari Taman Samarindah turut cedera di bahagian pinggang manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kes kini masih dalam siasatan.

Keadaan mangsa di tempat kejadian sebelum meninggal dunia semasa dirawat di HUS.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU