ARTIKEL

Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar lori di Kampung Muhibbah, Jalan Tanjung Bako semalam.

Lelaki maut motosikal langgar lori di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lori di Kampung Muhibbah, Jalan Tanjung Bako di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan kira-kira 2.30 petang, dipercayai disebabkan motosikal mangsa yang hilang kawalan.

“Motosikal yang ditunggang mangsa terbabas dan melanggar sebelah kanan sebuah lori yang berhenti di selekoh jalan untuk kerja-kerja membuang tanah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road