ARTIKEL

Lelaki Maut, Motosikal Langgar Lori Rosak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pekerja am maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah lori rosak di Jalan Ladang Rinwood Pelita Mukah Plantation, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 8 malam.

“Mangsa, 21, dikatakan menunggang motosikal seorang diri dari arah Rumah Kenyana 1 Rinwood Pelita Mukah Plantation, sebelum merempuh bahagian belakang lori rosak yang berada di laluan jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada sebelum dibawa ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan.

“Pada 9 malam, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Rizal, pihak polis kini sedang mengesan saksi yang melihat kejadian bagi membantu siasatan.

“Saksi kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Rahmat Jalimin, di talian 011-31627137 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya,” tambahnya.

MAUT…Seorang lelaki tempatan maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lori rosak, malam tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU