ARTIKEL

Ketum: Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen hari ini, oleh anggota polis dari Serian.

Lelaki mengaku bersalah miliki daun, air ketum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman denda RM18,000 atau penjara 16 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki 15 liter air ketum dan 8.9 kilogram daun ketum di rumahnya dengan tujuan untuk dijual kepada pelanggan, Januari lalu.

Mohamad Suhaimie Ucha, 45, dari Kampung Tengah, Gedong itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa memiliki 15 liter cecair dan 8.9 kilogram daun Mitragynine di sebuah rumah di Kampung Darul Iman, Tebedu, sekitar 4.30 petang, 22 Januari lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta yang sama dengan memperuntukkan denda tidak lebih RM100,000 atau hukuman penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan pegawai polis bersama-sama pasukannya menahan seorang lelaki di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Darul Iman kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan racun.

Barang-barang milik tertuduh turut dirampas seperti 10 botol plastik lut sinar dengan isipadu 1.5 liter, masing-masing berisi cecair berwarna hijau dipercayai air ketum.

Selain itu, dua bakul yang dipenuhi daun ketum turut dirampas dipercayai seberat 8.9 kilogram.

Hasil siasatan dan laporan daripada Jabatan Kimia mengesahkan barang kes terbabit merupakan racun yang tersenarai dalam jadual pertama dan jadual ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.
Isteri tertuduh juga mengaku barang-barang kes yang dijumpai di rumah mereka untuk dijual kepada pelanggan.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan