ARTIKEL

MANGSA... Lelaki ditemui meninggal dunia di tepi botnya di Kampung Sebuluh Cina, Lundu.

Lelaki meninggal dunia disyaki diserang sawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat diserang sawan dalam kejadian di Kampung Sebuluh Cina, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa berusia 37 tahun ditemui terbaring di tepi botnya dengan mulut berbuih pada kira-kira jam 3.16 petang.

“Paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu yang tiba di lokasi kemudian mengangkat mangsa ke kawasan rumah keluarga berhampiran dan jasad mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU